BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 3, 2011

Apabila Syawal dan Hari Kemerdekaan Bersatu

Salam Aidilfitri dan kemerdekaan
Assalamualaikum sekelian umat Muhammad SAW...syukur ke hadrat Allah kita masih diberi kesempatan meraikan aidilfitri bersama2 semoga ramadhan yg telah berlalu itu telah menyucikan jiwa kita dari segala debu2 kemungkaran..di bln Syawal yg mulia ini seringkali kita lalai dari mengerjakan suruhanNya..Seringkali solat itu ditinggalkan. Semoga kita tidak menjadi golongan ini..bersama-sama berusaha memperbaiki diri. muhasabahlah selalu.

Bersempena bulan kemerdekaan ini, sama2la kita menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. sebenarnya tahun2 kebelakangan ini lantaran pertembungan Bulan Hijrah (Ramadhan & Syawal) dengan bulan Masihi (ogos) yg merupakan bulan kemerdekaan Malaysia kita meraikan kedua2nya hampir serentak. Justeru alangkah eloknya jika kita nilai semula makna sebenar kemerdekaan di minda dan jiwa kita. bukan sekadar merdeka dari penjajah Barat tapi seharusnya merdeka dari kongkongan nafsu dan bebas dari pengaruh Syaitan.

Bersyukurla dipertemukan pada bulan yg sama, dalam hal ini kita berusaha melawan hawa nafsu pada bulan Ramadhan demi utk beroleh pahala dari Allah swt. Bahkan bagi mereka yg kurg ikhlas atau kurg arif tentangnya ia hanya berusaha mengelak melakukan perkara yg boleh membatalkan puasa walaupun tanpa menambah amal ibadat sama seperti dilakukannya pada bulan2 lain. namun adakah pernah kita terfikir erti kemerdekaan itu sama jua seperti menahan perkara yang boleh membatalkan puasa. APABILA KITA BERJAYA MENAHANNYA MAKA ITULAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN MERDEKA.

Mungkin masih ada yg belum memahami,

Mari kita renungkan dan hayati bersama,

MERDEKA mempunyai maksud yg subjektif, namun biasanya kita akan memahaminya dengan makna BEBAS, oleh kerana ia mempunyai maksud yg luas maka ada yg memahaminya sebagai bebas dari sesuatu kongkongan, misal kata anak2 remaja yg ingin ber "enjoy2" bersama teman2 mungkin mengatakan mereka merasa terkongkong apabila ibu atau ahli keluarga mereka menghalang mereka daripada mengikuti teman2nya. Namun apabila diizinkan pergi maka itulah maksud kebebasan daripada mereka. Ada juga yg merasa bebas apabila dapat lari dari leteran seorg ibu, lari dari mereka yg suka membuli, lari dari bebanan kerja yg bertimbun banyak, lari dari beban hutang. Ibarat burung yg terbang bebas setelah terkurung lama di dalam sangkar.

Apa yg dikehendaki di sini ialah merdeka sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yg ke-54 dan sempena ketibaan bulan Syawal mulia. Ramai yg memahami bahawa merdekanya kita ialah apabila negara kita bebas dari penjajah. Tapi ramai yg tidak menyedari bahawa kita masih dijajah. Tidak secara luaran tetapi dalaman kita. Lihatlah berapa ramai kalangan kita yg terpengaruh dengan anasir asing, pengaruh budaya Barat semakin menular di kalangan kita. Bahkan para pengikut setia ideologi2 Barat berusaha untuk mempengaruhi pemikiran anak watan. kenang semula sejarah kita yg telah dipesongkan oleh para pemikir2 Barat, justeru pernahkah kita kenali siapakah tokoh pejuang kemerdekaan yg sebenarnya? Yg kita kenali hanyalah perunding kemerdekaan, kita masih boleh bersyukur kerana negara kita merdeka tanpa pertumpahan darah lantaran wujudnya perunding kemerdekaan ini. namun merdekanya kita bukan bermaksud bebas sepenuhnya, para penjajah telah menanam pelbagai idea di dalam hati anak watan sehingga sebati dalam jiwa kita, apabila telah bersemi maka dengan mudahnya mereka melepaskan tanah air kita tetapi masih ada syarat2 yg harus kita patuhi..bahkan pelbagai ideologi2 mereka telah pun menjadi falsafah hidup kita, maka lahirlah anak watan yg berfikiran seperti Niccolo Machiaveli yg mengasaskan prinsip "matlamat menhalalkan cara" maka dari situ lahirlah pelbagai jenayah yg sehingga kini tidak dapat dibendung seperti curi, bunuh,rogol,rasuah,dan sebagainya..maka lahirlah segala bentuk Jahiliah Moden... itukah merdeka?




Masih agak keliru tentang kenyataan ini, mungkin ramai yg tidak boleh terima hakikat. Untuk bercerita soal ini pasti memakan masa yg panjang kerana usia negara kita bukannya muda lagi tapi sudah di tahap "warga Emas" di tahap inilah kita harus mempertahankannya. Sebelum itu, izinkan saya mengaitkanny dengan bulan Syawal yg mulia. Pasti ramai yg berasa seronok, beraya sakan, gembira kerana sudah habis bulan Puasa bulan yg menyeksakan bagi mereka yg masih terjajah, tetapi bulan yg merdeka bagi yg beriman. syawal dinanti sangat kerana bebas utk makan minum dan sewaktu dengannya.

Sayang sekali masih ramai kalangan kita yg tidak mengetahui bahawa kemerdekaan sebenar ialah apabila kita mampu membebaskan diri kita dari hasutan syaitan dan godaan hawa nafsu. Justeru ingin saya kaitkan di sini Syaitan itu umpama penjajah yg menguasai diri kita, kita bebas hanya apabila kita engkar dari mengikuti suruhana syaitan dan kita melakukan suruhan Allah. Ramai yg rasa terkongkong dgn suruhan Allah dan merasa bebas dengan arahan Syaitan Laknatullah. jadi JANGAN KELIRU. Di bulan2 lain syaitan tidak terkurung. jadi pada masa itulah Syaitan yg umpama penjajah ini cuba untuk menggoda dan menghasut diri kita utk melakukan perkara mungkar. Namun di bulan Ramadhan Syaitan terkurung, lalu kita sepatutnya bebas tetapi masih ramai yg merasa tidak bebas lagi lantaran nafsunya telah dididik selama 11 bulan oleh Syaitan. Istilah bebas itu hanya untuk org2 yg beriman kerana ia bebas daripada nafsu buruk anak murid sang Syaitan. Nafsu buruk itulah yg dinamakan bahan tinggalan penjajah. Ketika penjajah sudah tiada maka nafsu inilah yg memainkan peranan utk menghasut kita. Sebagaimana penjajah Syaitan telah mengajar nafsu cara2 utk mempengaruhi kita, penjajah telah meninggalkan pelbagai ideologi yg sehingga kini membelenggu kita. Inilah yg dinamakan "Gazwu al-Fikr" .

Justeru marilah kita sama2 renungkan apakah benar kita sudah merdeka atau hanya sekadar omong kosong yg tidak bermakna apa2. Usahlah kita jadi tunggul yg berdiam diri walaupun pukul2 berulangkali. Bersempena bulan mulia ini mari bersam2 kita libas nafsu kita agar kita sentiasa merdeka. Bunuhlah Syaitan dengan airmata Keinsafan dan ketakwaan, dan Libaslah Nafsu dengan parang keimanan...ayuh..kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah sedang nabi saw pernah bersabda " aku tinggalkan kamu dua perkara yg mana selagimana kamu berpegang padanya kamu tidak akan tersesat itulah kitab Allah dan sunnahku"...


. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!حي على الفلاح



p/s Wahai teman ayuhlah segera timba ilmu dan beribadat, jgn abaikan dunia akhirat....;-)
p/s Jika kita telah merdeka tidaklah kita bersalam-salaman dengan bukan muhrim kita pada hari lebaran....:-)