BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 2, 2014

i'm back

Salam semua, sekian lama menyepi, 2 tahu blog ni bersawang. ermm agak bz sedikit..sampai terlupa pada blog ni... kembali kini pada bulan Ramadhan..kenapa?? erm sel2 otak baru nak berhubung..xdapat jawab betul2.. :-0

Saturday, September 3, 2011

Apabila Syawal dan Hari Kemerdekaan Bersatu

Salam Aidilfitri dan kemerdekaan
Assalamualaikum sekelian umat Muhammad SAW...syukur ke hadrat Allah kita masih diberi kesempatan meraikan aidilfitri bersama2 semoga ramadhan yg telah berlalu itu telah menyucikan jiwa kita dari segala debu2 kemungkaran..di bln Syawal yg mulia ini seringkali kita lalai dari mengerjakan suruhanNya..Seringkali solat itu ditinggalkan. Semoga kita tidak menjadi golongan ini..bersama-sama berusaha memperbaiki diri. muhasabahlah selalu.

Bersempena bulan kemerdekaan ini, sama2la kita menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. sebenarnya tahun2 kebelakangan ini lantaran pertembungan Bulan Hijrah (Ramadhan & Syawal) dengan bulan Masihi (ogos) yg merupakan bulan kemerdekaan Malaysia kita meraikan kedua2nya hampir serentak. Justeru alangkah eloknya jika kita nilai semula makna sebenar kemerdekaan di minda dan jiwa kita. bukan sekadar merdeka dari penjajah Barat tapi seharusnya merdeka dari kongkongan nafsu dan bebas dari pengaruh Syaitan.

Bersyukurla dipertemukan pada bulan yg sama, dalam hal ini kita berusaha melawan hawa nafsu pada bulan Ramadhan demi utk beroleh pahala dari Allah swt. Bahkan bagi mereka yg kurg ikhlas atau kurg arif tentangnya ia hanya berusaha mengelak melakukan perkara yg boleh membatalkan puasa walaupun tanpa menambah amal ibadat sama seperti dilakukannya pada bulan2 lain. namun adakah pernah kita terfikir erti kemerdekaan itu sama jua seperti menahan perkara yang boleh membatalkan puasa. APABILA KITA BERJAYA MENAHANNYA MAKA ITULAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN MERDEKA.

Mungkin masih ada yg belum memahami,

Mari kita renungkan dan hayati bersama,

MERDEKA mempunyai maksud yg subjektif, namun biasanya kita akan memahaminya dengan makna BEBAS, oleh kerana ia mempunyai maksud yg luas maka ada yg memahaminya sebagai bebas dari sesuatu kongkongan, misal kata anak2 remaja yg ingin ber "enjoy2" bersama teman2 mungkin mengatakan mereka merasa terkongkong apabila ibu atau ahli keluarga mereka menghalang mereka daripada mengikuti teman2nya. Namun apabila diizinkan pergi maka itulah maksud kebebasan daripada mereka. Ada juga yg merasa bebas apabila dapat lari dari leteran seorg ibu, lari dari mereka yg suka membuli, lari dari bebanan kerja yg bertimbun banyak, lari dari beban hutang. Ibarat burung yg terbang bebas setelah terkurung lama di dalam sangkar.

Apa yg dikehendaki di sini ialah merdeka sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yg ke-54 dan sempena ketibaan bulan Syawal mulia. Ramai yg memahami bahawa merdekanya kita ialah apabila negara kita bebas dari penjajah. Tapi ramai yg tidak menyedari bahawa kita masih dijajah. Tidak secara luaran tetapi dalaman kita. Lihatlah berapa ramai kalangan kita yg terpengaruh dengan anasir asing, pengaruh budaya Barat semakin menular di kalangan kita. Bahkan para pengikut setia ideologi2 Barat berusaha untuk mempengaruhi pemikiran anak watan. kenang semula sejarah kita yg telah dipesongkan oleh para pemikir2 Barat, justeru pernahkah kita kenali siapakah tokoh pejuang kemerdekaan yg sebenarnya? Yg kita kenali hanyalah perunding kemerdekaan, kita masih boleh bersyukur kerana negara kita merdeka tanpa pertumpahan darah lantaran wujudnya perunding kemerdekaan ini. namun merdekanya kita bukan bermaksud bebas sepenuhnya, para penjajah telah menanam pelbagai idea di dalam hati anak watan sehingga sebati dalam jiwa kita, apabila telah bersemi maka dengan mudahnya mereka melepaskan tanah air kita tetapi masih ada syarat2 yg harus kita patuhi..bahkan pelbagai ideologi2 mereka telah pun menjadi falsafah hidup kita, maka lahirlah anak watan yg berfikiran seperti Niccolo Machiaveli yg mengasaskan prinsip "matlamat menhalalkan cara" maka dari situ lahirlah pelbagai jenayah yg sehingga kini tidak dapat dibendung seperti curi, bunuh,rogol,rasuah,dan sebagainya..maka lahirlah segala bentuk Jahiliah Moden... itukah merdeka?




Masih agak keliru tentang kenyataan ini, mungkin ramai yg tidak boleh terima hakikat. Untuk bercerita soal ini pasti memakan masa yg panjang kerana usia negara kita bukannya muda lagi tapi sudah di tahap "warga Emas" di tahap inilah kita harus mempertahankannya. Sebelum itu, izinkan saya mengaitkanny dengan bulan Syawal yg mulia. Pasti ramai yg berasa seronok, beraya sakan, gembira kerana sudah habis bulan Puasa bulan yg menyeksakan bagi mereka yg masih terjajah, tetapi bulan yg merdeka bagi yg beriman. syawal dinanti sangat kerana bebas utk makan minum dan sewaktu dengannya.

Sayang sekali masih ramai kalangan kita yg tidak mengetahui bahawa kemerdekaan sebenar ialah apabila kita mampu membebaskan diri kita dari hasutan syaitan dan godaan hawa nafsu. Justeru ingin saya kaitkan di sini Syaitan itu umpama penjajah yg menguasai diri kita, kita bebas hanya apabila kita engkar dari mengikuti suruhana syaitan dan kita melakukan suruhan Allah. Ramai yg rasa terkongkong dgn suruhan Allah dan merasa bebas dengan arahan Syaitan Laknatullah. jadi JANGAN KELIRU. Di bulan2 lain syaitan tidak terkurung. jadi pada masa itulah Syaitan yg umpama penjajah ini cuba untuk menggoda dan menghasut diri kita utk melakukan perkara mungkar. Namun di bulan Ramadhan Syaitan terkurung, lalu kita sepatutnya bebas tetapi masih ramai yg merasa tidak bebas lagi lantaran nafsunya telah dididik selama 11 bulan oleh Syaitan. Istilah bebas itu hanya untuk org2 yg beriman kerana ia bebas daripada nafsu buruk anak murid sang Syaitan. Nafsu buruk itulah yg dinamakan bahan tinggalan penjajah. Ketika penjajah sudah tiada maka nafsu inilah yg memainkan peranan utk menghasut kita. Sebagaimana penjajah Syaitan telah mengajar nafsu cara2 utk mempengaruhi kita, penjajah telah meninggalkan pelbagai ideologi yg sehingga kini membelenggu kita. Inilah yg dinamakan "Gazwu al-Fikr" .

Justeru marilah kita sama2 renungkan apakah benar kita sudah merdeka atau hanya sekadar omong kosong yg tidak bermakna apa2. Usahlah kita jadi tunggul yg berdiam diri walaupun pukul2 berulangkali. Bersempena bulan mulia ini mari bersam2 kita libas nafsu kita agar kita sentiasa merdeka. Bunuhlah Syaitan dengan airmata Keinsafan dan ketakwaan, dan Libaslah Nafsu dengan parang keimanan...ayuh..kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah sedang nabi saw pernah bersabda " aku tinggalkan kamu dua perkara yg mana selagimana kamu berpegang padanya kamu tidak akan tersesat itulah kitab Allah dan sunnahku"...


. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!حي على الفلاح



p/s Wahai teman ayuhlah segera timba ilmu dan beribadat, jgn abaikan dunia akhirat....;-)
p/s Jika kita telah merdeka tidaklah kita bersalam-salaman dengan bukan muhrim kita pada hari lebaran....:-)

Wednesday, August 24, 2011

Ramdhan yg bakal pergi

Semakin hari semakin mnjelang syawal mulia, kegembiraan suasana raya itu terpancar di wajah masing2..namun dalam keseronokan itu terbit suatu perasaan sedih yang halus dan menyucuk sanubari..kedatangan syawal melambangkan perginya Ramadhan..

pasti aku jadi rindu lagi pada Ramadhan mulia..tapi jika benar aku Rindu mengapa aku abaikan Ramadhan ini...

minggu terakhir Ramadhan, janjiku untuk lebih bertawaduk dan taqqarub kepada Allah, aku tahu Nabi Muhammad Saw beriktikaf sepanjang masa ketika melewati hari2 terakhir Ramadhan..namun janji hanya tinggal janji..hampir kuabaikannya, mujur Allah mengingatkanku tentang pahalaNya yg berlipat ganda..lalu ketika last minit ini aku mencari kekuatan untuk terus beramal ibadat..

Tuhanku, izinkan aku...

Namun, disaat2 akhir ini, realitinya org ramai tidak lagi mempedulikan soal iktikaf, soal ibadat, apa yg menjadi kesibukan mereka ialah berbelanja di sana sini bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri, lagu2 raya berkumandang sana sini mengatasi suara bilal melaungkan azan dan mengalunkan Zikir memuji Ilahi, di mata msg2 sudah tidak terlihat Ramadhan bahkan tidak sbr2 sambil bersungut menahan lapar dahaga dan menghitung hari tibanya Syawal.

Tuhanku, ampunkan dosa anak Adam...

sedar dan tak sedar..Ramadhan ibarat tetamu, mahukah kita mengabaikan tetamu kita ketika ia berkunjung ke rumah kita , alangkah zalim dan hinanya kita kerana tidak menghormatinya. diibaratkan seperti begini si Ramadhan adalah saudara sekaligus menjadi tetamu kita lantaran berkunjung serta menetap di rumah kita selama sebulan. Ramadhan berjanji akan memberikan kita segala bentuk kemewahan sekiranya kita melayannya dengan penuh kasih sayang, Ramadhan juga berjanji akan memberikan bonus tambahan kepada kita yg melayannya bersungguh2 pada awal, pertengahan dan hujung bulan, bahkan pada akhir bulan itu Ramadhan menambahkan lagi dengan memberikan pelbagai kesenangan dan kemewahan sekiranya kita berusaha bersungguh2 menjaganya siang dan malam lebih2 lagi di waktu sepertiga malam. RamadhaN membawa agreement utk ditandatangani, lalu dengan sng hati kita menurutinya.

namun apa yg berlaku, kita melanggar perjanjian, kita abaikan Ramadhan, kurg penjagaan, tidak ikhlas, awal yg baik kita bersama2 beribadat kepada Allah tapi semakin lama semakin bosan pada Ramadhan, semakin marah, geram, dan di akhirnya kita langsung tidak memberikan sebarang keperluan Ramadhan bahkan pemergian Ramadhan amat dinantikan lantaran saudara Syawal pula akan menumpang di rumah kita selama sebulan namun mengenakan syarat agak longgar sedikit. Lalu tiba hari keberangkatan Ramadhan, kita merasa gembira terlupa pada agreement yg ditandatangani sebulan lalu, Ramadhan pergi dlm keadaan sayu, kita tanpa rasa segan dan malunya menuntut perjanjian, Ramadhan lalu menempelak kita di hadapan Syawal yg baru muncul namun belum masuk ke Rumah, Ramadhan memberitahu kita bahawa kita telah melanggar perjanjian, layakkah kita mendapat apa segala kemewahan itu, maka kata Ramadhan tunggulah pembalasan dari Tuanku yg menyuruhku berkunjung ke rumahmu untuk mengujimu...Ramadhan pergi...syawal memerhati..memndang wajah kita yg bersahaja, Syawal menempelak kita kerana telah mengabaikan sahabatnya..syawal mengatakan ia tidak ingin menumpang di rumah kita kerana kita telah mengabaikan sahabat baik dan setianya iaitu Ramadhan...aku takut kamu juga akan melayan aku sedemikian..begitu kata syawal..

Akan terbitkah kesedaran pada hati kita...sesungguhnya ramai kalangan kita amat menantikan tibanya Syawal tp tahukah kita syawal tidak akan menjelma jika tidak ada Ramadhan..bahkan syawal hanya bagi mereka yg bersungguh mengabdikan diri pada Allah ketika bulan Ramadhan....kedatangan syawal adalah tanda kemenangan bagi hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa sepanjang bulan Ramadhan, bukan sekadar menahan lapar dahaga tapi berjaya membendung nafsu daripada menguasai diri...berapa ramai kalangan kita yg tidak mendapat pahala berpuasa melainkan hanya merasai lapar dan dahaga demikian sabda Nabi saw.

Ramadhan belum meninggalkan kita lagi...sebelum ia pergi di kesempatan yang ada ini rebutlah peluang ini, jgn sia-siakannya...terbitkanlah rasa sedih di hati kita kerana Ramdhan akan pergi..siapa tahu Ramadhan ini adalah ramadhan terakhir kita..SubhanAllah...

Friday, July 8, 2011

Dunia sana sini yg berbeza




Di sini aku budak baik

Di Sana aku budak kurang sopannya

Di sini aku ingat pada Rabbi

Di sana hanya sekali sekala aku teringat Penciptaku

bukti..

Di sini aku patuh pada suruhanNya

mengaji,solat x tinggal,berzikir,tahajud

aurat?

sentiasa tertutup

pergaulan...jrg skali bertemu sang Adam

bahkan kalu bertemu pasti berteman


tp..

Di sana mengaji jrg sekali,

lidah kering dr menyebut zikrullah

solat terkadang tidak penuh 5 waktu

apatah lagi tahajud itu x pernah sekali

aurat?

terdedah sana sini...

pergaulan?

setiap jejaka pasti ada kisahnya

pasti dikenali bahkan bertepuk tampar itu lumrah...

Astaghfirullah al-azim

ke mana hilangnya maruah...

Ya Allah bimbing aku agar aku terlepas azab di sana, dunia penuh noda..

biarlah aku di sini..agar aku sentiasa merasai kewujudanMu di sisiku...

Friday, June 24, 2011

__panggilan Sayang= panggilan Agung__

A : "weh kau tahu tak boyfriend aku call aku 3 kali sehari,love of my life (sambil buat muka minta kaki)"
B : "oh really? lover aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)
A : Bestnya,banyak credit lover kau?.
B : taklah ni connection wire-less
A : (muka tak puas hati) hmm.. pukul berapa dia call?
B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.

Thursday, June 23, 2011

RuGinYa Hidup

alangkah ruginya hidup ini....
memang rugi sungguh..
lihatlah diri..
cermin peribadi..

kita pernah suatu ketika...
menadah kitab menelaah ilmu
lalu para muadib kita berpesan "amalkanlah ilmu yg ku ajar ini"
lalu kita?
kita abaikannya..

pernahkah kita peduli..
betapa rugi waktu,
rugi wang,
rugi tenaga,
demi menuntut ilmu sedang ilmu itu tidak pernah kita amalkan

pernahkah kita peduli
mungkin suatu saat ilmu itu menempelak kita
justeru terlalai,terleka
lalu tergelincirla kita ke lembah kehinaan
sedang kita seorang yg alim asalnya

kerana keberkatan itu sudah hilang,
kerana ilmu itu sudah bosan dengan sikap kita yg tunduk pada nafsu

duhai diri..
sedarlah betapa byk kerugian pada diri..
setiap masa yg berlalu tidak akan kembali lagi,
bukalah matamu seluas-luasnya..
adakah sepanjang tempoh dirimu bernafas ini amalanmu telah banyak?
pahalamu berlipat ganda? kejayaanmu melimpah-melimpah?

benar..amal tanpa ilmu jahil namanya tapi ilmu tanpa amal adalah sia-sia...
"al-ilmu fi suddur laisa fi sutur"

ya Allah terangkanlah hatiku...bersihkanlah jiwaku yg telah ternoda dgn hitamya dosa2..

Wednesday, June 8, 2011

perjalANAN yanG MASih PanjaNG


sepanjang perjalanan ini telah banyak dugaan yang ditempuhi
telah banyak juga perkara yang kulakukan
namun aku seolah-olah tidak terlihat..
di mana pahala yang kudpatai setiap perkara yang kulakukan
apa yang jelas terlihat hanya dosa2 dan noda2

perjalanan masih panjang
tetapi selama mana aku akan bertahan
esok, lusa, minggu depan, sebulan, setahun entahlah..
kerna aku bukan penjadual

aku x mampu,
kuasa hanya di tangan yang Maha ESA
perancangan mungkin aku boleh tp menentukannya..
hanya Tuhan yang menentukannya..

Ya ALLAH...di sepanjang perjalanan ini tetapkanlah hatiku
agar aku tidak tersasar dari landasan-Mu...